Translate

Ahad, 1 Jun 2014

MENULIS

     Faina Arsiany A.K adalah nama penaku suatu waktu dahulu.  Selepas SPM, aku giat menulis cerpen dan puisi/sajak untuk dihantar ke radio.  Sayangnya, aku tak tau bagaimana ingin menghantar karyaku ke majalah atau surat khabar tempatan.Cuma yang pastinya cerpenku banyak tersiar di radio tempatan (radio Sandakan).  Hanya satu cerpen saja yang pernah tersiar di Borneo Post (Cinta Semusim) aku pun tak tau kemana keratan akhbar siaran cerpen itu.  Yang tinggal cuma catatan draf pertama saja yang ada denganku.

     Tiada siapa sebenarnya yang tau akan hobiku yang satu itu.  Cuma seorang dua kawan rapat saja.  Dan kini, hatiku seolah mula kembali membara dengan keinginan itu yang telah lama terkubur kerana kesibukan menjadi seorang isteri, ibu dan kerani di tempat kerjaku..

     Siapa tahu rupanya hasil tulisanku masih mendapat tempat..?  Puisiku berjudul 'MAAF' tersiar di Warta Perdana pada bulan lepas.  Aku melompat gembira.  Suamiku cuma senyum dan menggeleng tengok reaksiku itu.  Katanya, macam budak2 dapat gula-gula sekoyan..tapi memang itulah perasaan yang ada dalam diriku waktu itu.  Kemudian aku berpeluang menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh DBP (cuma bengkel asas penulisan cerpen dan puisi)..dan puisi yang kuhantar kepada penceramah ketika itu, mendapat perhatian penceramah dan mendapat hadiah galakan..(aku sayang buku-buku hadiah itu)..saat yang tak dapat kulupakan..

     Kenapa aku melalut di sini bercerita perkara ini?  Aku cuma ingin berkongsi rasa..ingin mengadu dan bercerita kepada teman baikku yang pernah suatu ketika dulu menyayangi dan mengenal karya 'Faina Arsiany A.K' tapi kami seolah terputus hubungan..dan..disini saja dapat aku luahkan semua..  Mungkin suatu hari nanti, aku akan kongsikan pula karya-karyaku yang ada..Jumpa lagi..dan doakan yang terbaik untuk aku dalam bidang penulisanku..kerana aku bukan ingin menjadi terkenal..cukuplah karyaku digemari..walau hanya oleh segelintir orang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan