Translate

Ahad, 27 September 2015

HIKMAHNYA BERSABAR..

Alhamdulillah...
  Setelah sekian lama menyabarkan diri..Allah berikan aku jawapan atas semua yang Dia turunkan untuk aku..

  Setelah sekian lama aku menyimpan rasa pedih dan pahit..Allah berikan aku kemanisan itu..manis yang teramat manis..menyibakkan selimut kepedihan dan kepahitan yang menyelimuti diri selama ini..

  Siapa sangka kan...?

  Kepedihan apakah itu..??

  Kepahitan apakah itu..??

  Biarlah aku, dia dan Allah sahaja yang tahu..kerana, semuanya telah berlalu.. 

  Walaupun ketika menerima perkhabaran itu, hati bagai ditusuk sembilu..namun aku tidak boleh menyalahkan keadaan..apa yang perlu, aku harus merenung kembali khilaf diri..mungkin semua itu adalah khifarah atas apa yang pernah ku perbuat..

  Tika dan saat ini, aku hanya perlu tabah, sabar dan tenang menanti akan sesuatu yang lain mengetuk pintu duniaku..perlukah kukatakan 'duniaku'? Memang perlu..kerana itulah duniaku.. 

Khamis, 20 Ogos 2015

CUBA MENDIDIK HATI UNTUK BERSABAR..

Lama benar aku diam membiar blog ni bersawang..
mau meluah rasa hati..?? Entah di sinikah tempatnya..?
Cuba mendidik hati untuk bersabar...?
Itu tajuk entry ku hari ini..
Aku tahu aku bukan penyabar..
Aku tahu aku kurang sabar..
Mungkin sebab itu Allah turunkan berbagai ujian untukku supaya hati lebih terdidik..
Air mata sudah tumpah beberapa kali..
Tak terkira..tak tertadah..
Hati bagai dilapah..dimamah..
Sakit sangat..
Namun kusimpan..kususun ceritera satu persatu..
Dan kusimpan di sudut hati paling dalam..
Kenapa? kamu tanya kenapa?
Aku rasa bukan orang yang perlu dipersalah..
Namun aku yang harus lebih bersabar..
pernah dengarkan kata orang..
Sabar itu separuh daripada iman..
dan aku mengaku beriman kepada Allah..
Jadi..mungkin Allah ingin mengetahui setakat mana imanku..kerana itu Dia turunkan ujian-Nya padaku satu persatu..
Allah...
rasanya terkadang terlalu berat..
Tak tertanggung..
Hanya pada-Mu aku mengadu..
Hanya pada-Mu aku berserah..
tiada yang lain selain dari Mu..
berikan aku kekuatan hati..
berikan aku keteguhan iman..
berikan aku kecekalan jiwa..
berikan aku keutuhan bagi segala-galanya..
agar aku tidak berserah pada takdir..
agar aku tahu..
aku hanya perlu BERSABAR...

Rabu, 13 Ogos 2014

JEJAK DOSA sebuah novel karya Nur Mayani

http://akumayacorner.blogspot.com/2013/11/ini-novel-terbaru-saya-bersama-roman.html?showComment=1407993252291#c2185592004889035994

Aku bertemu dengan blog penulis novel Jejak Dosa. Tak sangka aku bertemu dengannya di sini..membaca catatan2 dan post yang dia buat..aku tahu, dia bukan penulis biasa..dia..memang seorang pemikir dan pemerhati..

Bermula dengan niat ingin menang hadiah dari ulasan novel yang di war2kan penulis dalam akaun fbnya..akhirnya aku bertemu sesuatu..sesuatu yang..payah nak dijelaskan..memang aku terkesan dengan cerita novel ini..

First aku baca Jejak Dosa, aku memang pening nak faham..berat betul untuk tahu kemana penulis nak bawa..tapi aku memang suka baca novel yang menyuruh aku meneka dan berfikir, jadi aku terus selak dan selak (walaupun terkadang dah sampai m/s 25, aku balik m/s 15..hahaha..tapi aku tetap selak dan baca..ingin tahu apa yang istimewa dalam Jejak Dosa) dan aku bertemu dengan banyak perkara di dalam buku nipis itu..buku yang terlalu nipis utk sebuah novel tetapi terlalu berat untuk digalas dan dilupai.. :)

Aku berharap agar Nur Mayani akan dapat menghasilkan lagi novel yang menceritakan pemerhatiannya yang kritis itu lagi...aku tunggu..walau dia tidak tahu..

Rabu, 18 Jun 2014

MENULIS ii

Hampir hilang semangat untuk menyiapkan cerpen yang telah diajukan kepada guruku untuk dipantau..idea tak datang-datang..setiap kali ingin menambah sesuatu kedalam cerita itu, setiap kali itulah gangguan pasti datang..

Aku pun tak tahu kenapa mindaku begitu berkarat sekarang..apa yang perlu aku buat..?? kalau dulu, dua atau tiga hari, aku dah dapat siapkan satu-satu cerpen itu..lagi senang rasanya buat cerpen dari buat puisi ketika itu..tapi sekarang..?? dah hampir sebulan, cerpen itu terbengkalai.  Apa yang perlu aku buat..?? Tolonggggggggggg.........(kalut cari idea, mungkin sebab aku memilih kategori mutu tinggi, tapi memang pertama kali menghasilkan karya, cita2ku cuma satu..aku mahu hasil karyaku terbit atas nama DBP..adakah itu hanya angan2 bagi aku..??)

Ahad, 1 Jun 2014

MENULIS

     Faina Arsiany A.K adalah nama penaku suatu waktu dahulu.  Selepas SPM, aku giat menulis cerpen dan puisi/sajak untuk dihantar ke radio.  Sayangnya, aku tak tau bagaimana ingin menghantar karyaku ke majalah atau surat khabar tempatan.Cuma yang pastinya cerpenku banyak tersiar di radio tempatan (radio Sandakan).  Hanya satu cerpen saja yang pernah tersiar di Borneo Post (Cinta Semusim) aku pun tak tau kemana keratan akhbar siaran cerpen itu.  Yang tinggal cuma catatan draf pertama saja yang ada denganku.

     Tiada siapa sebenarnya yang tau akan hobiku yang satu itu.  Cuma seorang dua kawan rapat saja.  Dan kini, hatiku seolah mula kembali membara dengan keinginan itu yang telah lama terkubur kerana kesibukan menjadi seorang isteri, ibu dan kerani di tempat kerjaku..

     Siapa tahu rupanya hasil tulisanku masih mendapat tempat..?  Puisiku berjudul 'MAAF' tersiar di Warta Perdana pada bulan lepas.  Aku melompat gembira.  Suamiku cuma senyum dan menggeleng tengok reaksiku itu.  Katanya, macam budak2 dapat gula-gula sekoyan..tapi memang itulah perasaan yang ada dalam diriku waktu itu.  Kemudian aku berpeluang menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh DBP (cuma bengkel asas penulisan cerpen dan puisi)..dan puisi yang kuhantar kepada penceramah ketika itu, mendapat perhatian penceramah dan mendapat hadiah galakan..(aku sayang buku-buku hadiah itu)..saat yang tak dapat kulupakan..

     Kenapa aku melalut di sini bercerita perkara ini?  Aku cuma ingin berkongsi rasa..ingin mengadu dan bercerita kepada teman baikku yang pernah suatu ketika dulu menyayangi dan mengenal karya 'Faina Arsiany A.K' tapi kami seolah terputus hubungan..dan..disini saja dapat aku luahkan semua..  Mungkin suatu hari nanti, aku akan kongsikan pula karya-karyaku yang ada..Jumpa lagi..dan doakan yang terbaik untuk aku dalam bidang penulisanku..kerana aku bukan ingin menjadi terkenal..cukuplah karyaku digemari..walau hanya oleh segelintir orang..

Ahad, 18 Mei 2014

Kembali Menulis

Sudah lama aku tinggalkan dunia penulisan kecilku..ya..dulu aku suka menulis. Tulis puisi2 yang kadang aku rasa cuma aku yang suka baca dan tak pernah ku tunjukkan kepada sesiapa..nama FAINA ARSIANY A.K. kugunakan.  Tapi, entah langkah ini akan jauh perginya atau tidak..tunggu dan lihat saja.. lagi pun aku bukannya ingin menjadi penulis besar dan terkenal. Hanya sekadar melepas rasa, dan melepas gian..Nak baca hasil tulisan ku..nantilah ku post kat sini.. sekarang pun dah jarang catat kat blog ni..tak tau bila lagi nak catat selepas ini.. yang pasti..aku akan kembali juga menjenguk daerah ini..

Isnin, 17 Mac 2014

Bulan


Cantikkan gambar bulan ni..inilah gambaran yang diberikan oleh Melur Jelita dalam novelnya I Love You, Stupid! Novel tu tebal giler..tapi best..rasa tak nak lepaskan..tak sangka jumpa juga gambar yg dirakamkan oleh Iris dan Firman..Bulan memang indah..