Translate

Rabu, 13 Ogos 2014

JEJAK DOSA sebuah novel karya Nur Mayani

http://akumayacorner.blogspot.com/2013/11/ini-novel-terbaru-saya-bersama-roman.html?showComment=1407993252291#c2185592004889035994

Aku bertemu dengan blog penulis novel Jejak Dosa. Tak sangka aku bertemu dengannya di sini..membaca catatan2 dan post yang dia buat..aku tahu, dia bukan penulis biasa..dia..memang seorang pemikir dan pemerhati..

Bermula dengan niat ingin menang hadiah dari ulasan novel yang di war2kan penulis dalam akaun fbnya..akhirnya aku bertemu sesuatu..sesuatu yang..payah nak dijelaskan..memang aku terkesan dengan cerita novel ini..

First aku baca Jejak Dosa, aku memang pening nak faham..berat betul untuk tahu kemana penulis nak bawa..tapi aku memang suka baca novel yang menyuruh aku meneka dan berfikir, jadi aku terus selak dan selak (walaupun terkadang dah sampai m/s 25, aku balik m/s 15..hahaha..tapi aku tetap selak dan baca..ingin tahu apa yang istimewa dalam Jejak Dosa) dan aku bertemu dengan banyak perkara di dalam buku nipis itu..buku yang terlalu nipis utk sebuah novel tetapi terlalu berat untuk digalas dan dilupai.. :)

Aku berharap agar Nur Mayani akan dapat menghasilkan lagi novel yang menceritakan pemerhatiannya yang kritis itu lagi...aku tunggu..walau dia tidak tahu..

Rabu, 18 Jun 2014

MENULIS ii

Hampir hilang semangat untuk menyiapkan cerpen yang telah diajukan kepada guruku untuk dipantau..idea tak datang-datang..setiap kali ingin menambah sesuatu kedalam cerita itu, setiap kali itulah gangguan pasti datang..

Aku pun tak tahu kenapa mindaku begitu berkarat sekarang..apa yang perlu aku buat..?? kalau dulu, dua atau tiga hari, aku dah dapat siapkan satu-satu cerpen itu..lagi senang rasanya buat cerpen dari buat puisi ketika itu..tapi sekarang..?? dah hampir sebulan, cerpen itu terbengkalai.  Apa yang perlu aku buat..?? Tolonggggggggggg.........(kalut cari idea, mungkin sebab aku memilih kategori mutu tinggi, tapi memang pertama kali menghasilkan karya, cita2ku cuma satu..aku mahu hasil karyaku terbit atas nama DBP..adakah itu hanya angan2 bagi aku..??)

Ahad, 1 Jun 2014

MENULIS

     Faina Arsiany A.K adalah nama penaku suatu waktu dahulu.  Selepas SPM, aku giat menulis cerpen dan puisi/sajak untuk dihantar ke radio.  Sayangnya, aku tak tau bagaimana ingin menghantar karyaku ke majalah atau surat khabar tempatan.Cuma yang pastinya cerpenku banyak tersiar di radio tempatan (radio Sandakan).  Hanya satu cerpen saja yang pernah tersiar di Borneo Post (Cinta Semusim) aku pun tak tau kemana keratan akhbar siaran cerpen itu.  Yang tinggal cuma catatan draf pertama saja yang ada denganku.

     Tiada siapa sebenarnya yang tau akan hobiku yang satu itu.  Cuma seorang dua kawan rapat saja.  Dan kini, hatiku seolah mula kembali membara dengan keinginan itu yang telah lama terkubur kerana kesibukan menjadi seorang isteri, ibu dan kerani di tempat kerjaku..

     Siapa tahu rupanya hasil tulisanku masih mendapat tempat..?  Puisiku berjudul 'MAAF' tersiar di Warta Perdana pada bulan lepas.  Aku melompat gembira.  Suamiku cuma senyum dan menggeleng tengok reaksiku itu.  Katanya, macam budak2 dapat gula-gula sekoyan..tapi memang itulah perasaan yang ada dalam diriku waktu itu.  Kemudian aku berpeluang menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh DBP (cuma bengkel asas penulisan cerpen dan puisi)..dan puisi yang kuhantar kepada penceramah ketika itu, mendapat perhatian penceramah dan mendapat hadiah galakan..(aku sayang buku-buku hadiah itu)..saat yang tak dapat kulupakan..

     Kenapa aku melalut di sini bercerita perkara ini?  Aku cuma ingin berkongsi rasa..ingin mengadu dan bercerita kepada teman baikku yang pernah suatu ketika dulu menyayangi dan mengenal karya 'Faina Arsiany A.K' tapi kami seolah terputus hubungan..dan..disini saja dapat aku luahkan semua..  Mungkin suatu hari nanti, aku akan kongsikan pula karya-karyaku yang ada..Jumpa lagi..dan doakan yang terbaik untuk aku dalam bidang penulisanku..kerana aku bukan ingin menjadi terkenal..cukuplah karyaku digemari..walau hanya oleh segelintir orang..

Ahad, 18 Mei 2014

Kembali Menulis

Sudah lama aku tinggalkan dunia penulisan kecilku..ya..dulu aku suka menulis. Tulis puisi2 yang kadang aku rasa cuma aku yang suka baca dan tak pernah ku tunjukkan kepada sesiapa..nama FAINA ARSIANY A.K. kugunakan.  Tapi, entah langkah ini akan jauh perginya atau tidak..tunggu dan lihat saja.. lagi pun aku bukannya ingin menjadi penulis besar dan terkenal. Hanya sekadar melepas rasa, dan melepas gian..Nak baca hasil tulisan ku..nantilah ku post kat sini.. sekarang pun dah jarang catat kat blog ni..tak tau bila lagi nak catat selepas ini.. yang pasti..aku akan kembali juga menjenguk daerah ini..

Isnin, 17 Mac 2014

Bulan


Cantikkan gambar bulan ni..inilah gambaran yang diberikan oleh Melur Jelita dalam novelnya I Love You, Stupid! Novel tu tebal giler..tapi best..rasa tak nak lepaskan..tak sangka jumpa juga gambar yg dirakamkan oleh Iris dan Firman..Bulan memang indah..

Rabu, 22 Januari 2014

STAYREWARD.COM

Pernah dengar tak tentang STAYREWARD.COM?

Aku pun tak pernah...hahaha..sehingga adik aku si Nang perkenalkan link referrelnya pada aku..benda ni aku tak faham sangat, tapi menurut seorang yang ada join benda ni, kita cuma register sebagai ahli dan promote link dia pada kawan2 (dah tentu2nya via internet) menggunakan link refferel yg website ni berikan kepada kita sebaik ja kita selamat mendaftar sebagai ahli.

Oh ya..lupa nak beritahu, stayreward ni juga akan berurusan menggunakan USD..alah..matawang dia orang la..dollar Amerika.  Dan...kita juga akan dpt reward 25usd sebaik ja kita join..dan 10usd setiap kali ada seorang join melalui link refferal yg kita promosi.


Join Bonus: 25$     Per Task: 10$

Hahh...gitu la citernya..kita join, dpt 25$..orang join under kita, kita dapat 10$...dan kita tak kuarkan duit sesen pun..kita boleh keluarkan pengeluaran wang yang terkumpul dengan minimum 300$...Caya tak? caya tak? tak caya? hemm..cubalah sendiri...hihi.. Nak cuba??? klik jer link ni..???

http://stayreward.com/index.php?share=47333

oh ya..hampir lupa plak saya...jika kita membuat pengeluaran, stayreward akan bayar kita guna cek ke alamat yang telah kita daftarkan....sekian dan terima kasih..tak nak cuba? cuba la...tak rugi punn...http://stayreward.com/index.php?share=47333

Isnin, 20 Januari 2014



PENANGAN DRAMA THE MASTER SUN

Kenal ngan rantai di atas? hehe..aku jadi gila2 pi beli rantai ni..cantik..!! waktu hero dia (sapa ya..?? huhu..tak ingat la..dan tak kuasa mau mengingat..) pegang dan merancang mau bagi c heroin..

Rantai ni sampai baru kejap tadi..aku order online melalui Qoo10..hehe satu wabak yg sukar nak dibendung..murah jak rantai ni, RM9.90 jak pun..campur kos pos..adalaa..dlm RM17.00..hehe..

Adikku c Ayeng nampak jak gambar ni di fb tadi kupost gambar ni, terus menyergah aku..tanya mana ku dpt..ujung2..dia la yg jadi pemilik rantai ni nanti..huhu..aku juga yg kempunan..ntah dpt beli lagi ka tidak..
ya la..harga di Qoo10 tu kejap naik, kejap turun..kadang turun pun, dia cekik kita ngan kos pos..huhu..

Tapi apa pun, aku suka...coz rantai ni dah ada di tangan aku...memang demam citer korea..hihi..The Master Sun...kata Ayeng, rantai org yg bleh tengok hantu..muahahaha...

Nak tau citer The Master Sun? alah..korang google ja la di internet..tanya ngan pak cik google..dia tau tu..hehe...

 Ok la..cukup utk post kali ni..nanti len kali mungkin aku nak wat post sal review novel..mana tau..aku memang suka baca novel..dari kecik2 lagi..hehe..tak caya? tanya la aku..muahahaha...